Terima kasih kepada yang sudi bersembang ngan id...


   


<< September 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

Orang yang sudi jenguk SeRiPeLaNGi ada...

online






email address : fardiah2004@yahoo.co.uk
Free Counters

Lokasi : MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM



Assalamualaikum wr wbt.
Salam ukhuwah fillah buat semua muslimin dan muslimat yang sudi singgah di blog SeRiPeLaNgi nih.. Boleh panggil saya dengan nick 'irda' , 'id' , atau 'ida' . Blog ni sekadar mengisi masa senggang id.
Wassalam.



nak tau pasal MUAR...cuba klik sini..


KENALI MUAR

.
kEnALi Id...
Nama betul :
cek arrr kat ic

Nick :
nick irda diguna sebagai nama pena dalam hasil karya sejak di kolej lagi.. kengkawan sekerja suker panggil 'id' aje..iaitu panggilan ringkas dari nama asal..

Asal :
Lahir kat Muo so ank jati Muo lerrr...

Birthday :
ikut usia pokok nyior kat blakang rumah..




Status :
errrr...cubalah terka..hehe..

Keje :
keje ngan gomen..

Belajar : Baru je tamat PJJ USM - Bachelor of Arts
Hobi :
nulis puisi, cerpen, bersiar-siar, n buat ape2 aje yg difikirkan berfaedah..










Pengetahuan Sains untuk kanak2..

Geography Basics

Chemistry Basics

Biology Basics

Water Science for Schools

General Science Resources





kAwAn SeJaTi TeMaN bErBuDi sememangnya sukar DiCaRi...





kAsiH dAn SaYaNg iNsAn iBarAt MalAm dAn SiAnG...CiNtA dAn RiNdU iNsAn iBarAt oMbAk dAn PaNtAi...




Terima kasih kerana sudi menjenguk ke SeriPelangi. kalian juga dijemput untuk menjenguk ke KesumaJiwer. Di sana kalian akan mengenal diri irda dengan lebih dekat lagi..salam ukhwah buat semua..sila klik KesumaJiwer di bawah..



forum tempat irda layparrrkk..

LuahanRasa..

perkahwinan.com

Malaypark.com

mysahabat.com


Jalinan Mesra.com




id selalu cari maklumat kat sini...

USM

UPM

UMM


Jadual Peperiksaan Akhir



links rakan-rakan irda ...

TuanMat

KSPKTM

Fzl

Sesekali jengah gak kat blog mermember n kenalan cyber...kalau id rajin nanti id singgah lerr kat blog korang...tinggal 'ketik' je kat bawah ni...

duwe

remifasola

addeen

ainul

wkdin

familiazam

saudiadesert

lamanexora

MommyHazel

kakngah

DrRoslina

rafiq

paklong

salina

acidmaisya

malique

azlyna

noorthuraya

akhifaizul

shahputra

panda-kecil

art of love

gunawan

pakbear

adi wahyu

budak^penang

jiwarasa

azryll

puterakl

sifu

Achehnese

akhimasrawi

kailan

U.N.C.L.E

ara

azmi

Amirahsyuhada

hpa


blog kalian id abadikan di sini supaya mudah id jenguk sekali sekala bila ada masa terluang..


Akhbar

Utusan Malaysia

Berita Harian

NSTPi

Bernama
E-Majalah



Warisan Sejarah

Sejarah Johor

Sejarah Riau-Lingga

Sejarah Melaka

Sejarah Tanah Melayu



Kerinduan
Tika... Kerinduan
Menusuk kalbu
Mengulit mimpi syahdu
Menggurindamkan puisi berlagu Pastinya?..
Menduga kesetiaanku
Menilai kejujuranku
Menguji keikhlasanku
Menggugat kesabaranku
Juga ketabahanku
Lantas?..
Menjadikan aku
Seorang perindu akhirnya
Namun?..
Kuyakini
Pemergianmu Menitikkan
Janji ilusi Dipagari
Kasih sayang
Kian bersemi.






"Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada kemunafikan dan sucikanlah amalku dari riyak, sucikanlah lidahku daripada berdusta dan mataku daripada khianat, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."







Dalam kembara rindu mencari sang Rafiq...
Sang Rafiq Yang Dirindui

Sang rafiq yang jujur dan ikhlas
Sekeping hatinya yang setia
Sentiasa mewangi persis kasturi
Usah diletak harga padanya
Kerna ia tiada dapat dinilai dengan harta
Begitu juga kasih sayang sang rafiq
Tiada gantinya walau di mana
Jika ada yang dapat membelinya
Hakikatnya adalah suatu kepalsuan
Nilai kasih sayang anugerah-NYA
Bukanlah barang dagangan
Dan bukan jua kerana keterpaksaan
Sang rafiq yang tulus suci hatinya
Dilimpahi kalbunya dengan kasih sayang
Nyalaan mesra takkan pernah padam
Mahupun pudar dari kandil jiwanya
Bisikan kalam meruntun naluri
Kita adalah musafir kelana di bumi Allah ini
Seluruh kesyukuran dirafa? kan pada-NYA
Atas kurniaan sang rafiq yang ikhlas dan setia
Rasa rindu bertali di hati
Ibarat sang pungguk yang rindukan sang qamar
Namun..pungguk pastinya tak mampu menggapai sang bulan
Yang nun jauh di sana di persada malam
Sang rafiq tempat berteduh dari sinar mentari
Semangatnya menjadi dambaan
Kalamnya bukan dusta
Kerna hatinya sudah redha
Bicara kudus di hadapan-NYA dipasrahkan segalanya
Di manakah gerangannya sang rafiq yang dirindui???


Contact Me



rss feed


blogdrive

May 21, 2004
di rantauan lagi...



Entah kenapa...susah plak rasernya nak lelapkan mata nih..ingatkan dah nak membuter tadi dah ni..yg sebenornya aku teringat-ingat lagi surat yg kuterima dari USM semalam...tahun ni sepanjang puasa aku kan berada di Penang...x brapa ari lagi nak raya..., baru aku abis kursus intensif...kiranya aku jadik cam perantau yg nak balik beraya di kampung laaa... cam excited aje..hehehe... tapi sedeyy pun ader... chewahhh..konon je aku nih..hik..hik..hik.. 

Biler dah tinggal ngan mak pak...aku dah x rasa keseronokan balik kampung...dah memang hari2 ada kat kampung...biler orang tanya masa cuti x lik kampung kerrr?? aku jawab x...kampung aku dekat aje...hehe.. jadiknya bleh laa kali ni merasa thrill nak lik kampung...emmm...nantikan saja...

ok..jumper lagi..insyaAllah..Wassalam.


Posted at 12:11 am by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 18, 2004
Sichida Methods...




Hari ni aku tul2 keletihan…namun, atas ajakan rakan2... aku nyempatkan juga beriadah  pada waktu petang...ni pun aku dah rasa ngantuk dah... harap2 bangun pagi sok..aku akan berasa segar sket…hehehe..

 

Kekadang aku rasa cam dah x rajin nak online…sebabnya ialah dengan keadaan server yg agak lembap sejak akhir2 ini…asyik ‘dc’ aje…kekadang lebih 10 kali cuba access ...acapkali juga  mana2 browser yg dibuka.. baru nak submit post…tiba2 je dia ‘dc’ ….buat haru jerrr….

 

Aiseyyyy…ausss plak arrr..jap ehh..nak minum sat…  ammmaaakkk… baru nak minum ader paler kuo masuk plak…ish..ish..ish…tergezut aku … slurrrrpp… emmm…Alhamdulillah…

 

Ok..sersambil aku bersihkan email yg dah lama tersimpan di mailbox…aku sempat savekan fwd msg yg dikirimkan oleh seorang kenalan..

 

Bagus kalau dicuba niii..

Untuk ibu dan bapak prihatin…

It takes just a little bit of our time..

 

Beberapa minggu lepas, boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida Classes..yakni kelas yg diuruskan oleh Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebeah kanan ni lebih effektif sebenarnya daripada otak sebelah kiri tetapi kena practice sikitlah penggunaannya. Kelas ini mahal nak mampus, kalau kelas tadika Juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi daripada cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master…tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt Cine yg pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan Melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff2 melayu yg lain.  Aku pun nak korang practicekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

 

1. Sewaktu anak tidur atau tidur2 ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yg kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.  During tidur2 ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah... Boleh gak practicekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah..tak jadi...kalau anak korang tu dah tidur, ramas2 cari tangan de, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat Nana sebab die bangun pagi lambat, pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari2 kat die, die budak baik, dia suka pegi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal...sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu ahad...tu ...kelemahan sikit lah.......

 

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar Nana ABC-Z guna card seminggu je.. sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak2 dan tunjuk kat dia orang cepat2...macam...a..b..c..d..e.., insyaAllah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju2 atau cepat2, otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yg kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar2…potonglah gambar kat mana2 dsb…guna English jgn guna melayu…………

 

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main watercolour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yg kena mengemas tapi takpe…….satu agi cuba korang lukis gambar, contohnya rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan…. Korang tau kenapa Cine ngan Jepun pandai2??....sebab depa makan guna chopstick...chopstick tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

 

4. Jgn marah2 atau tengking anak….. sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…..kalau termarah takpe pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die….

 

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerita tu, walaupun cerita tu memanglah merapu..takpa…..kita pun bukan tak biasa merapu…..

 

6. Main teka-teki ngan they all…taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu, First few times boleh bagi option cam…..bagi tau colour, bunyi, lama2 depa boleh develop six sense by concentrating depa bolah teka apa benda dlm kotak tissue tu…..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat….semua game yg hangpa nak buat dengan dia tu Cuma boleh buat setengah jam sehari….tak payah lama2…kalau lama2 kang jadi cam Rajib….hehehe…


Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam2 and relaks….tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka, tengok tv ka…tak jadi… Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terrer. Ini semua satu cara. Tuhan yang lagi Maha Mengetahui. Kalau DIA izin anak kite nak pandai…Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 DIA boleh tarik balik…betui dak?? ….Aku pun tengah try lagi ni…

 

Ok gitulah isi email tersebut..

Emmmm…terpulanglah kepada sesiapa yg nak ‘apply’kannya kat anak2…sesungguhnya kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha dan DIA lah yg menentukan segalanya. Kalau boleh semua orang nakkan anak mereka jadi insan yang bijak dan berjaya dalam hidup di dunia mahupun di Akhirat.

 

Times up…bedtime already laaa…nak lelap dah ni…insyaAllah jumper lagi…

 

Wassalam.

 

 


Posted at 10:02 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 14, 2004
SeLaMaT HaRi GuRu 2004


HEPI TEACHERS DAY...



                         

Sempena Hari Guru yg akan disambut pada 16 MEI ini, aku juga turut ingin merakamkan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua guru yg pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah tinggi, juga kepada semua lecturer, Dr. dan Proff. yg byk memberi teguran, tunjuk ajar dan bimbingan  semasa di kolej dan kini sbg pelajar PJJ. Harta jika dibelanjakan pasti akan berkurangan dan habis begitu sahaja...tetapi jika ilmu yg dibelanjakan...ianya akan sentiasa berkembang...dan pastinya ilmu yg ditimba itu adalah ilmu yg diredhai oleh-NYA di dunia dan Akhirat. Semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberkati usaha kalian ke jalan-NYA..insyaAllah.. AMIN. 

 

“Tanpa guru siapalah kami” “Guru umpama dian yg membakar diri” ..begitulah yg sentiasa meniti di bibir anak2 didik yg mengingati jasa gurunya. Kalo di sekolah, macam2 murid2 diajar...selain daripada pelajaran formal...murid2 sering diberi nasihat dgn nilai2 murni....malah guru sentiasa mengingatkan anak murid mereka agar belajar dgn bersungguh-sungguh utk masa dpn mereka... hakikatnya, tugas guru yg mendidik anak2 di era yg dikatakan sbg Milleneum ini sememangnya mencabar dan sejak akhir2 ini sering sahaja kita terdengar macam2 hal yg x diingini berkaitan dgn kerjaya pendidik. Sememangnya amat menyedihkan jika anak2 di sekolah tidak lg menghormati guru...kerana ada yg beranggapan bahawa “Ahh..cikgu tu...gaji dia pun bapak aku boleh bayor..!” “Cikgu ni asyik membebel aje...suka aku laa nak lulus peksa ke tak..!” “Kalo cikgu ngadu ngan bapak saya, nahas cikgu..!!” MasyaAllah...  ada juga anak2 yg berani melemparkan kata2 yg kesat dan bernada mengugut...kenapa begitu sekali pemikiran mereka? Siapakah yg bertanggungjawab mengajar mereka memperkotak-katikkan guru??? Sukar sekali hendak mendidik anak2 agar ada sikap saling menghormati, jaga tatasusila dan adab sopan, membantu rakan yg lemah, bersyukur dgn apa yg ada...dan  lebih2 lagi dalam menunaikan perintah-NYA. Nahh...begitulah mencabarnya tugas guru sekarang ini...dan bukanlah semua org boleh memikul tanggungjawab sebagai pendidik...dugaan sering melanda... dan pengorbanan mereka bukanlah sedikit. Hanya mereka yg menghargai pengorbanan guru sahaja yg memahami hakikat perit jerih dan kesungguhan guru untuk melihat mereka menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Sama ada sedar atau tidak...elemen2 dari luar sedang menular di kalangan anak2 sekarang ini... remaja di timur sudah mula meniru gaya hidup remaja di barat... dan rata2 diketahui umum bahawa masalah keruntuhan moral remaja di barat tidak dibendung... dalam kesibukan manusia mencari harta kekayaan...nilai2 murni telah ditolak ke tepi... Astaghfirullahhal’azim...


                                                       

Tanpa guru....anak2 bagaikan kapal yg tiada bernakhoda...bagai malam gelita yg tiada bersuluh...bagai kereta tanpa pemandunya....bagai mentol yg tiada starter nya..hehehe...

 

 

Mekacih Cikgu Hassan, Cikgu Omar, Cikgu Sapiah, Cikgu Timah....betapapun kalian kuanggap ‘garang’ tetapi tanpa didikan dan asuhan kalian...aku pastinya tidak berjaya ke menara gading...



            


Guru...

Kuukir pada baldu biru...

Merakam segala kenangan di minda

Kuhias dengan bintang gemerlapan

       

 

Agar sinarnya memancar buana

Pasir pantai kau suruh ku hitung

Mencari permata yg terbenam di sana

Puas digali namun belum tersua

Jika tersua...hanyalah serpihannya..

Teruslah usaha tanpa waktu dipersia

Biarpun lelah tapi terasa bahagia

Sabar dan tabah tunggak di jiwa

Begitulah juga ilmu yg dicari

Jejak yg ada... belum ada kesudahannya

Pencarian tidak terhenti di sini

Makin ditimba makin banyak dijumpa

Barulah kini aku mengerti

Ilmu dicari tak ada susutnya...

 

Guru...

Salam mesra aku hulurkan

Ucapan kasih aku titipkan

Syukur aku kepada Tuhan

Nasihat kalian jadi bekalan

Pengorbananmu abadi dalam kenangan

Di sepanjang hayat...kan menjadi ingatan  

Dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian...AMIN.

 

Akhir kata...SELAMAT HARI GURU kepada semua guru muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja kalian berada.


 


Wassalam.


Posted at 09:23 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 8, 2004
SeLaMaT HaRi IBU...



Ibu…

Kau umpama pelita

Menyinari seluruh alam semesta

Mendidik dan menyayangi anak tercinta

Hingga pandai dan berjasa

Dari kecil hinggalah dewasa

Membimbingku setiap masa

Segala kesusahan sanggup digalas

Hanya untuk melihat aku berjaya


   


Ibu…

Bakti kau hulur tanpa jemu

Demi anak yang kau lahirkan

Tanda amanah kepada Tuhan

Bukan sedikit pengorbananmu

Takkan mampu kubalas hatta dengan harta

Nasihatmu sentiasa aku dengari

Jadi ingatanku sepanjang masa

Itulah pedoman yang paling berharga

Demi agama, bangsa, dan negara

 

Ibu...

Hati ini telah berjanji

Pengorbananmu takkan kupersia

Tak bisa diri mengecewakanmu

Demi mencapai impian kejora

Menara gading kan menjadi saksi

Kertas emas pasti milikku



 

Buat ibu yang tersayang…

Mawar merah sebuah puisi

Kuhadiahi ibu di hari ini

Salam kasih anakanda kirimi

Dirimukan selalu tersemat di hati                   

Takkan pudar dari sanubari

Mesra mewangi seharum ambar kasturi

Jasamu sentiasa kukenangi

Moga hidupmu sejahtera dilimpahi Rahmat Ilahi.

 

Terima kasih kepada ibu-ibu yang prihatin dan melaksanakan amanah Allah S.W.T terhadap anak-anak mereka dengan ikhlas, bertanggungjawab, sabar, dan penuh kasih sayang...



Wassalam.

Posted at 10:42 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 7, 2004
Jerjalan...



Time cuti umum baru ni..memang aku lebih suka stay kat rumah…bukannya apa…aku tak suka dengan kesesakan di jalan raya terutamanya di pusat Bandar Muar. Paling leceh masa nak lepas kat bulatan Jalan Sulaiman. Hari Ahad aku keluar juga sebab memenuhi permintaan mak n abah aku yg nak pergi jemputan kawin seorang pesara ASP yg juga asalnya org Muo kat Melaka. Jalan raya ke Melaka orait aje… on the way ke rumah AbgNgah di Malim aku sempat menoleh ke Melaka Central di Peringgit yang baru dirasmikan pada 1 Mei baru ni…cantik juga..tempat teksi dan bas persiaran baru tuh…bangunannya serba biru dan di sebelah kanan aku menoleh ke TESCO yg sentiasa ramai pengunjungnya lebih-lebih lagi waktu cuti umum begini. Walaupun dah berpuluh kali aku lalu lalang di depan TESCO…tapi x penah plak aku nyempatkan diri menyimpang ke situ…kalau di Melaka..aku lebih suka ke Jaya Jusco atau Mahkota Parade.

 

Rumah pengantin x jauh dari rumah AbgNgah. Semasa di rumah kenduri kawin…aku ingatkan lepas makan terus bleh balik…tapi mak aku n kak ipar ajak tunggu sampai pengantin bersanding…manakala abah, AbgNgah dan anak-anaknya dah balik dulu. Jenuh juga aku menunggu di dalam rumah. Memang laaa aku x kenal seme org kat situ kecuali kak  ipar n mak aku…wakakaka…

 

Cam biasa…waktu balik  ke Muo…kat jambatan Sultan Ismail memang kenderaan sedang beratur panjang…nasib baik ada MatTrafik yg berkawal…so…lorong basikal n moto dibuka untuk laluan kereta…aku biasanya nak lik ke rumah, ikut Jalan Arab aje…jalan ni memang selalu sibuk pada waktu kerja n perniagaan serta cuti hari minggu or umum…dan masa tiba kat depan Plaza Hock Hai n Wetex Parade…memang ramai ‘umat’ yg sedang bershopping n x kurang juga muda-mudi yg melaypark…macam2 rupa manusia yg kuo ke bandar….dan aku rasa Muo ni dah jadi bandar warga asing…mana tidaknya….time hari minggu atau cuti umum…pasti ramai pekerja asing yg membanjiri bandar…kenderaan2 awam juga penuh dengan warga asing…

 

Letih juga bila dah jalan seharian…so malam tu…sambil melayan sms kawan2… aku pun terlelap..awal juga aku masuk tidur…kul 11.00 pm…selalunya time tu aku tgh buat homework atau tenet…

 

Dan baru tadi adik aku dah sebut2..esok hari lahir dia…emm…apa lagi…dia nak aku belikan hadiah laa tuh…! Dia bukannya budak kecik lagi…  dah masuk semester akhir Diploma Sains. Anak bongsu selalunya dpt perhatian dan dimanjakan. Bertuah laa dia…tadi mak dah belikan sepasang pakaian…sedangkan pada hari lahir sendiri..aku x penah mintak hadiah daripada sesaper…malah aku pun x belanja apa2 untuk diri sendiri…bukan aku kedekut tapi aku x der menda yg aku nak… Cuma aku mohon doa dari Ilahi moga aku dilimpahkan rezeki yg halal, usia yg berkat untuk beribadah kepada-NYA serta diberikan taufiq hidayah-NYA selalu agar beroleh kesejahteraan di dunia dan Akhirat..dan begitu juga ngan DeqJa.. AMIN. Wassalam.

 

 


Posted at 09:03 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 1, 2004
Alhamdulillah....



Alhamdulillah…  syukur aku ke hadrat Ilahi kerana lulus semua 7 paper yg aku ambil bulan Febuari lepas. Nampaknya aku x dapat skor A kali ni…tapi memang patutpun sebab aku x dapat tumpu tul2 masa exam tempoh hari…aku banyak menghafal di saat-saat akhir… aper x nyerr…aku dah lupa semua apa yg aku dah baca sebelumnya… Cuma aku frust jugak sebab PNG aku kurang kali ni…Cuma 2.84 aje…  Apa yg penting bagi aku ialah lulus semua paper yg diambil… syukurlah x der paper yg nak kena repeat… cukuplah sekali aje ambil n terus lulus…

 

Kalo nakkan Sijil Dekan kena capai 3.5 ke atas…pehhh..jauh nyerrr selisih… apa yg pasti aku memang x mampu nak buat sebaik itu… x leh ikut jejak 2 org adik aku yg penah dapat Sijil Dekan…dan begitu juga ngan AbgUder yg penah dapat anugerah pelajar terbaik kursus Sains Gunaan… Namun, aku bersyukur ngan apa yg aku terima…gitulah kemampuan aku… lebih2 lagi aku bukanlah full time student…jadi…sambil belajar aku terpaksa bergelut ngan tugas wajib yg sememangnya berat dan perlu diutamakan… walaupun x der sesiapa yg bagi semangat kat aku untuk belajar…tapi aku teruskan juga pengajianku… biarpun bukan sekali dua air mata aku tumpah dek rasa x sanggup tanggung risiko keje sambil belajor nih…

 

Semalam, AbgLong yg sedang kursus 3 bulan kat Muar call aku…suruh jemput kat Bakri…kesian juga...kete dia kat KL…bila dihantar berkursus…dia x dibenarkan membawa kenderaan… AbgLong nak lik ke Masjid Tanah, Melaka jenguk isteri n anak2nya… Aku n DeqJa bertolak ke sana tepat jam 6.00 pm …aku sekadar menghantarnya hingga ke Bus Station yg skarang nih beralih ke Stadium Muar…

 

Hari ni Labour Day…  jadiknya aku nak ‘bersantai’ di rumah aje…kalo adik or mak aku ajak pegi mana2…akan aku pertimbangkan… hehehe…  Petang semalam masa lalu kat depan Plaza Hock Hai n Wetex Parade…wahhh…ader SALE laa…sempena hari cuti agaknya…dan aku rasa hampir semua supermarket kat M’sia ader buat jualan ‘runtuh’ sempena hari buruh … kalo aku kuo …ader x der..sure poket aku yg ‘runtuh’…wakaka…

 

Emmm…petang ni ada pasar malam kat PESTA Sg. Abong..kalo rajin aku pegi laaa saner...cam biasa pegi belanja barang2 dapur...ok..wa chowww..Wassalam.

 


Posted at 04:09 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Apr 29, 2004
sadis nyerrrr....

 

Petang tadi…entah kenapa..akhirnya aku termakan pujukan si Midie n Napi…turun ke Melaka..atas urusan kerja…mula-mula kami ke Bukit Beruwe (Beruang) pegi jumper ader sorang apek jual berbarang cenderahati….sombong tul apek tuh..mentang2lah dah kaya…kedai dia memang popular..tempahan satu M'sia plak tuh..  then kami ke Tong Hup…shopping barang2 yg dipesan oleh geng2 sekerja…  on the way nak balik..kami singgah jap kat kedai makan sebelah SK Teluk Mas...hilangkan dahaga..  letih kan main aku nari…

 

Debaran aku x kunjung padam….sepatutnya aku dah dapat tahu result peksa nari…tapi bila aku cuba tipon teleakademik…asyik x dapat aje…geram juga hati aku…  cuba antor sms pun x bleh juga…sedangkan geng2 ramai yg sms bertanyakan result aku...bukak portal U pun x dapat access...dah beberapa jam aku cuba tapi x leh juga...server slow...eeeeeeeee….sadis nyerrrrrr… hingga saat ini aku gagal mendapatkan result…emm…sok pagi aku cuba tipon dari opis plak…moga aku bleh bersabar menanti hari esok...insyaAllah.


Ya Allah...tabahkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini..kurniakanlah kesejahteraan dan kesihatan yg baik buat semua muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja mereka berada..AMIN.


okzzzZZZZ...Wassalam.


Posted at 12:16 am by SeRiPeLaNgi
Comments (1)

Apr 27, 2004
KaWaN, sAHaBaT aTAu KeKasiH… ???

Assalamualaikum wr wbt.

 

Benar kawan sejati sukar dicari…kawan sejati adalah juga seorang sahabat yang memahami…ikhlas dan jujur jadi intinya..sanggup melalui susah dan senang bersama.. waktu duka dan ceria dikongsi bersama… hilangnya pasti terasa…


Rashdan keliru… Alia juga keliru… mereka bukannya sepasang kekasih…namun rasa rindu bertaut di kala berjauhan.. bagi Alia tak mungkin dia kan jatuh cinta… Rashdan adalah sahabat karibnya …tapi yg pasti mereka bukanlah sekadar kawan biasa…mereka saling memerlukan…nasihat dan kata semangat sentiasa disulam… Pernah di dalam suatu majlis suai kenal menyambut pelajar baru di kampus…Rashdan telah menjadi tumpuan… rimas diri Alia dibuatnya…ramai wanita yg mendekatinya hanya untuk berkenalan dengan Rashdan…macamlah dia tu pengurus peribadi Rashdan.. Apakah benar adanya cinta bersemi di antara mereka??? Sejauh manakah Alia mampu menepis perasaan yg mula bercambah di hatinya?? Siapakah yang sebenarnya bertakhta di dalam hati Rashdan? Bisakah seorang teman karib menjadi seorang kekasih???

 

Begitulah sikit cerita aku yg terbaru yg masih dalam pembikinan lagi..emmm...

 

Berdebar aku x tentu pasal nari…aperkah gerangan yg dah melanda di hati ini?? Hari esok penentuannya…x mampu aku suarakan lagi…biarlah esok saja yg mengkhabarkan padaku…betapa mungkin tidurku malam ini x lena dibuai rasa….


getaran... melanda dijiwaku...dingin bagaikan salju seperti air batu..uhuk..uhuk..hehehe… 

esok aku kasik tau ekk..

 

Wassalam.

 


Posted at 10:57 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Apr 25, 2004
Macam-macam hal…

 Assalamualaikum wr wbt.

 

Sambil belek2 paper nari… mata aku tertumpu pada satu berita iaitu penemuan seorang bayi baru lahir berbangsa Melayu yang sudah mati di letakkan di dalam lumpur…kat Tanjung Emas… Astaghfirullah… tergamaknya si ibu yg melahirkan membuang anak sebegitu…

 

Sedangkan 2 ari lepas aku turut bersedih atas kematian seorang anak kecil berusia setahun lebih yg terbakar tubuhnya di Kampung Tengah...Innalillah... Ketika menyedari rumahnya terbakar…seorang atuk terus bergegas untuk mengambil air dengan tujuan nak padamkan api…tanpa berfikir untuk menyelamatkan terlebih dahulu nyawa penghuni yg ada di dalam rumah iaitu cucunya… anak kecil itu menjerit kepanasan dan ditemui tubuhnya terbakar dan mati di bilik air… berita ini aku dengar dari seorang kawan yg tinggal x jauh dari situ…

 

Petang tadi selepas menghantar Along dan rakannya pulang ke Bakri, aku sempat ‘merayap’ ke Tanjung Emas…tapi tidaklah ke tempat kejadian pembuangan bayi tadi…cuma ke Taman Rekreasi … DeqJa kata dia haus…so aku pun ikut ajer laaa kemahuannya nak minum ABC Rock…tapi malangnya adik yg jual ABC n lori kecilnya x der plak hari ni… nak tak nak… akhirnya DeqJa beli juga ABC Senyum… emmm..dia kata x per laaaa… memang bleh senyummm…sebab aku yg bayar…dia minum free aje…chehh…!

 

Nampaknya dalam tempoh sebulan ni hingga hujung bulan depan...jadual keje aku padat… cuti hujung minggu selalu terkorban…. memang aku x dapat nak ke mana2… namun sudah ada 2 tempat percutian yg telah ditawarkan oleh kawan2 iaitu ke Kelantan dan Cameron Highlands… entah laaa…nak pegi ke x agaknya… lom bleh janji lagi…

 

Emmm…

 

Wassalam.


Posted at 10:59 pm by SeRiPeLaNgi
Comments (3)

Apr 24, 2004
Bagaimana skarang gak nyerrr….?


Assalamualaikum wr wbt.

 

Lepas waktu keje noon tadi..aku x terus pulang ke rumah.. aku menerima ajakan Ard, kak Niza n HMie untuk pekena ‘rojak petis’ n air ‘cincau’ kat satu warung di Jalan Sakeh.. aku sebenornya taklah tau kat ner warung tu…tapi si HMie yg suggestkan kat situ… jadi..dialah yg tunjukkan jalan ke sana… aku plak jadik driver aje…x penah pegi…ngikut aje lah…

 

Walaupun aku anak jati Muo..tapi x semua tempat aku tau… lom sampai 3 tahun aku lik kampung bertukar tempat keje…kalo x kerana  Ard n Sal .. aku x faham sangat jalan2 kat bandor nih…dorang laaa yg banyak ngajor aku jalan2 short cut yg ada… lepas abis aje zaman skolah.. aku dah x duduk kat umah…byk merantau…belajor kat negeri org…then mula keje pun aku dapat kat JB… kat area Skudai… dan seingat aku.. tiap kali konvo kat UTM..aku mesti ke sana… nolong2 meriahkan jualan hari tu…tolong tengok n tolong beli..heheh…

 

Ni pun dah lama aku x ke JB..windu plak rasanya… entah ingat ke x geng2 kat sana pada aku…kalo nak turun sana pun aku kena ambik cuti beberapa hari…sebab aku nak gak gi lawat member2 n sepupu aku kat sana… selain daripada ‘meround’ bandaraya JB… aper kabor agaknya JB Waterfront… Kotaraya…KOMTAR…Jalan Segget…Kerrys…Giant.. Plaza Angsana… dan skarang nih ntah dah ada bangunan apa yg baru gak nya… bagaimana ngan Kemayan City? Dah beroperasi ker lom gak nyer… Taman Tun Aminah still cam dulu kerrr? Selalunya aku shopping kat The Store T.U.T.A aje…dekat ngan tempat keje n umah sewa…

 

Si Ila n Ani entah dah berapa orang anak gaknya skarang ni…gitu juga ngan Acid n kak Jan serta Eja…dah nimang cahaya mater ke lom… Lan plak dah kawin ker lom…entah2 dah lik T’ganu… isk..isk..isk…bz nyer aku nanya pasal orang…diri sendiri x tanya plak… wakakaka… kalo aku jumper dorang..memang x der menda lain yg ditanya dulu kat aku… “ehh..biler nak makan nasik minyak nih?” ;  “ni datang JB..nak antor kad jemputan ke?”  “kumbang bukan sekor…yg pegi tu biarlah pegi…” ataupun “sampai biler nak hidup membujang nih?”  dan aku hanya mampu control senyum sambil menjawab.. “InsyaAllah…”

 

Camner gaknye ngan seme housemate aku dulu tuh…seme dah pindah rumah baru mermasing gaknya… dah x ingat nak balik kampung asal... beli rumah kat JB aje….emmm…takper laaa…kalo dah serasi tinggal kat JB… ok lah… aku dulupun suker jugak masa kat JB… tapi lepas aku frust... aku terus mintak pindah lik Muo… lagi pun aku x larat nak ulang alik dari JB..Muo..Mlaka..KL selalu dan skarang ni aku memang banyak turun ke Mlaka n KL sama ada ke rumah abang2 atau kawan2 atau menjenguk adik aku yg belajor kat sana..

 

Emmm…nak rest arrr… sok pagi dah ada program…better go to cerleep now…

 

Wassalam.


Posted at 11:01 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Previous Page Next Page