Terima kasih kepada yang sudi bersembang ngan id...


   


<< August 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Orang yang sudi jenguk SeRiPeLaNGi ada...

online






email address : fardiah2004@yahoo.co.uk
Free Counters

Lokasi : MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM



Assalamualaikum wr wbt.
Salam ukhuwah fillah buat semua muslimin dan muslimat yang sudi singgah di blog SeRiPeLaNgi nih.. Boleh panggil saya dengan nick 'irda' , 'id' , atau 'ida' . Blog ni sekadar mengisi masa senggang id.
Wassalam.



nak tau pasal MUAR...cuba klik sini..


KENALI MUAR

.
kEnALi Id...
Nama betul :
cek arrr kat ic

Nick :
nick irda diguna sebagai nama pena dalam hasil karya sejak di kolej lagi.. kengkawan sekerja suker panggil 'id' aje..iaitu panggilan ringkas dari nama asal..

Asal :
Lahir kat Muo so ank jati Muo lerrr...

Birthday :
ikut usia pokok nyior kat blakang rumah..




Status :
errrr...cubalah terka..hehe..

Keje :
keje ngan gomen..

Belajar : Baru je tamat PJJ USM - Bachelor of Arts
Hobi :
nulis puisi, cerpen, bersiar-siar, n buat ape2 aje yg difikirkan berfaedah..










Pengetahuan Sains untuk kanak2..

Geography Basics

Chemistry Basics

Biology Basics

Water Science for Schools

General Science Resources





kAwAn SeJaTi TeMaN bErBuDi sememangnya sukar DiCaRi...





kAsiH dAn SaYaNg iNsAn iBarAt MalAm dAn SiAnG...CiNtA dAn RiNdU iNsAn iBarAt oMbAk dAn PaNtAi...




Terima kasih kerana sudi menjenguk ke SeriPelangi. kalian juga dijemput untuk menjenguk ke KesumaJiwer. Di sana kalian akan mengenal diri irda dengan lebih dekat lagi..salam ukhwah buat semua..sila klik KesumaJiwer di bawah..



forum tempat irda layparrrkk..

LuahanRasa..

perkahwinan.com

Malaypark.com

mysahabat.com


Jalinan Mesra.com




id selalu cari maklumat kat sini...

USM

UPM

UMM


Jadual Peperiksaan Akhir



links rakan-rakan irda ...

TuanMat

KSPKTM

Fzl

Sesekali jengah gak kat blog mermember n kenalan cyber...kalau id rajin nanti id singgah lerr kat blog korang...tinggal 'ketik' je kat bawah ni...

duwe

remifasola

addeen

ainul

wkdin

familiazam

saudiadesert

lamanexora

MommyHazel

kakngah

DrRoslina

rafiq

paklong

salina

acidmaisya

malique

azlyna

noorthuraya

akhifaizul

shahputra

panda-kecil

art of love

gunawan

pakbear

adi wahyu

budak^penang

jiwarasa

azryll

puterakl

sifu

Achehnese

akhimasrawi

kailan

U.N.C.L.E

ara

azmi

Amirahsyuhada

hpa


blog kalian id abadikan di sini supaya mudah id jenguk sekali sekala bila ada masa terluang..


Akhbar

Utusan Malaysia

Berita Harian

NSTPi

Bernama
E-Majalah



Warisan Sejarah

Sejarah Johor

Sejarah Riau-Lingga

Sejarah Melaka

Sejarah Tanah Melayu



Kerinduan
Tika... Kerinduan
Menusuk kalbu
Mengulit mimpi syahdu
Menggurindamkan puisi berlagu Pastinya?..
Menduga kesetiaanku
Menilai kejujuranku
Menguji keikhlasanku
Menggugat kesabaranku
Juga ketabahanku
Lantas?..
Menjadikan aku
Seorang perindu akhirnya
Namun?..
Kuyakini
Pemergianmu Menitikkan
Janji ilusi Dipagari
Kasih sayang
Kian bersemi.






"Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada kemunafikan dan sucikanlah amalku dari riyak, sucikanlah lidahku daripada berdusta dan mataku daripada khianat, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."







Dalam kembara rindu mencari sang Rafiq...
Sang Rafiq Yang Dirindui

Sang rafiq yang jujur dan ikhlas
Sekeping hatinya yang setia
Sentiasa mewangi persis kasturi
Usah diletak harga padanya
Kerna ia tiada dapat dinilai dengan harta
Begitu juga kasih sayang sang rafiq
Tiada gantinya walau di mana
Jika ada yang dapat membelinya
Hakikatnya adalah suatu kepalsuan
Nilai kasih sayang anugerah-NYA
Bukanlah barang dagangan
Dan bukan jua kerana keterpaksaan
Sang rafiq yang tulus suci hatinya
Dilimpahi kalbunya dengan kasih sayang
Nyalaan mesra takkan pernah padam
Mahupun pudar dari kandil jiwanya
Bisikan kalam meruntun naluri
Kita adalah musafir kelana di bumi Allah ini
Seluruh kesyukuran dirafa? kan pada-NYA
Atas kurniaan sang rafiq yang ikhlas dan setia
Rasa rindu bertali di hati
Ibarat sang pungguk yang rindukan sang qamar
Namun..pungguk pastinya tak mampu menggapai sang bulan
Yang nun jauh di sana di persada malam
Sang rafiq tempat berteduh dari sinar mentari
Semangatnya menjadi dambaan
Kalamnya bukan dusta
Kerna hatinya sudah redha
Bicara kudus di hadapan-NYA dipasrahkan segalanya
Di manakah gerangannya sang rafiq yang dirindui???


Contact Me



rss feed


blogdrive

Jul 6, 2004
Hai..hai..hai...



Emmmm…kusempatkan juga untuk entry malam ni dan mulai ari ni aku akan bahasakan diri sebagai ‘id’…

 

dah lama memang id menyepikan diri dari ruang ini…dalam tempoh sebulan yg lalu id memang bz…2 kali kena out station …balik aje dah kena buat in-house training…letih biler kena perah otak untuk jayakan presentation…biler hari kuliah pula id x dapat nak tumpu study…dalam paler menerawang ngan macam2 hal…keje..belajar..n peribadi… “just take it light n easy..n always think about the happy moments..” gitulah kata bro Soleh agar id x rasa tertekan…

 

Mekacih juga kat kawan2 yg sudi jenguk blog id nih…dan TQ juga kat meke yg anta sms n email kat id… Ada juga geng2 yg bising…ingatkan id dah kawin senyap2   n ntah dah pindah maner gaknyer…hehehe… ish..ish.ish…  mana aderrrr…apa yg pasti id lom terikat ngan sesaper…ok.

 

2 minggu yg lepas id ada turun ke JB…  tiba aje di sana id terus ke rumah sepupu di Tmn Tun Aminah…lepas lunch id gi pulak ke rumah bujang geng2 sekerja dulu…id sampai aje..meke dah sedia dgn hidangan istimewa…tergezut jugak id…rupa2nya Eja masak spesel ari tu semata-mata nak sambut kedatangan id…lagipun id x dapat hadir ke majlis perkahwinan Eja di Sekayu, Terengganu bulan lepas… sebenarnya id dah rasa kenyang lepas lunch di rumah KakIza tapi oleh kerana x mahu hampakan hajat Eja..id menjamah juga hidangan yg disediakan…

                                                             

Lepas solat Isyak…id dan Eja keluar bersama menuju ke Bandaraya JB…kami sekadar meronda untuk melihat suasana bandaraya pada waktu malam... rasanya x banyak yg berubah…. cuma di pantai Lido yg sebelum ini terkenal ngan Lagoon Puteri telah berubah wajah menjadi Danga Bay… id pun x pasti apa yg ada di situ..sebab id sekadar lalu lalang sahaja… x der hati plak nak singgah… lebih2 lagi masa tu malam minggu…ramai juga pengunjung di situ…dan id memang x gemar berada di dalam suasana begitu…setibanya di Skudai…Eja bersuara.. “Kak id…jom kita dinner kat tempat biasa..” … aiseyyy…actually id dah jarang amik dinner…n perut masih kenyang ngan lunch siang tadi…tapi sekali lagi oleh kerana x mahu hampakan Eja..id singgah juga di restoran yg terletak di jalan persimpangan masuk ke UTM…

 

Entah apa mimpi si Remy n si Lanzz ari minggu yg lalu mengajak si Lin lunch kat Medan Selera Tanjung Emas... id yg tgh wat homework tergezut bila dapat call daripada Lin... Lin ajak id pegi sekali utk temankan dia... aper x nyerrr...Remy n Lanzz tu ‘bapak budak’... tapi biler tiba kat sana...meke lom sampai lagi…akhirnya muncullah Lanzz…tapi bukan bersama si Remy tapi dengan si Napi…kami order makanan n minuman yg patut…rupa2nya si Lin yg belanjer we all …sempena gaji pertama dia..emmm… x mohlah ‘ketuk’ si Lin…kesian id kat dia…org baru start keje…( elehhh…makan 4 org x sampai RM20 pun..kira orait laaa tuh…hehehee…)

 

Sememangnya masa id agak ‘semput’ skarang nih…id terpaksa tumpu pada kerja n belajar dulu…biler id rasa tension..id akan keluar rumah n gi bersiar-siar or window shopping… x boleh duk terkurung je dalam bilik…kalo dah sakit id lah org yg akan merana sendiri…huuuwaaaaaaaa….

 

Oklah….id ader homework nak buat…

 sersambil tu...bleh laa kira lompatan kambing biri2 nih..hehehe...


Wassalam.


Posted at 10:56 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Jun 8, 2004
Kedai Roti...





Setelah 3 bulan bercuti...kini aku dah start kuliah. Kuliah dalam bentuk telesidang itu aku hadiri walaupun terpaksa berulang alik dari Muar ke pusat Bandar Melaka. Siang bekerja dan malam pula aku belajar. Memang meletihkan… Kuliah pertama aku sudah pun bermula malam semalam…dan ini menandakan masa untuk aku di ruang ini juga akan menjadi terbatas.

 

Esok pagi insyaAllah aku akan bertolak ke KL dalam rangka percutian aku selama 4 hari. Destinasi utama aku sudah pastinya ke rumah abang2 aku di sana…manakala program yg lain tidak boleh dijangka….ikut sedap aje nak ke mana…

 

Aku teringat kembali kisah Kedai Roti yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Ceritanya macam lucu tapi ada maksud yang tersirat di sebaliknya. So, sebelum aku mengundurkan diri beberapa hari ni…cuba2lah fikirkan aper sebenarnya yg nak disampaikan dari cerita tuh...

 

Kedai Roti

 

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

 

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

 

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

 

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

 

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

 

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.


Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

 

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

 

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

 

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

 

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan dia roti atau tidur dengannya".

 

"Emmm..mestilah awak pilih roti kannn!!?? Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

 

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

 

~Live and Learn!~

 

OK..jumpa lagi nanti..insyaAllah..

 

Wassalam.

 

 

 

 


Posted at 11:36 pm by SeRiPeLaNgi
Comments (2)

Jun 5, 2004
where's my mood ehh???



Aku cuba happy walaupun aku rasa x happy…tapi tu lahhhh..janggal plak rasanya….dah 3 hari ni aku cam lemah aje…x der mood… padahal keje tu ada…tapi aku cuma pandang aje…ke mana hilangnya semangat aku?? Awal pagi semalam Ard msg aku….ajak joint projek taman herba…dan aku OK aje… Ard kata “biler lagi nak buat tulang kita ‘singing’! rajin2 ler berbudi kepada tanah…” Bukannya apa…bila masuk bab berkebun ni…aku bukannya x suka…tapi tangan aku ni ‘panas’….tak seme pokok yang aku tanam menjadi…sebab tangan aku ni minat ke lain…bertukang kottt…almaklumlah aku lahir dalam keluarga yg ramai anak lelaki…hehehe… tapi Ard kata…org pompuan cuma masukkan tanah aje…bab semai anak benih dan bubuh baja kasik kat jejaka2 pingitan…dan pagi hari ni sepatutnya aku dah berada di tapak projek…tapi aku rasa x sedap badan… Lagipun hari cuti ni DeqNa dan suami nak balik..begitu juga ngan AbgUder serta famili…jadi aku nak bantu mak masak di dapur...jap lagi plak mak dah nak kuo...gi rewang umah kenduri kawin anak lelaki jiran sekampung… pas tu nak antor pengantin sekali. So biler adik n abg aku balik…aku kena la serve dorang… Tapi x tentu juga…kekadang plan bleh berubah…x bleh jangka…

 

Da 3 hari aku tak online malam…walaupun hari2 aku duk depan screen komp tapi aku duk naip aje…biler lptp preparing  to hibernate….aku pun automatically hibernate sama…hehehe… dan malam tadi aku pun x perasan ada msg masuk kat hp…aku ingat aku mimpi aje dengor bunyi msg..rupa2nya betul2…sorrylah kalo aku lambat jwb msg…cam yg aku kata..aku x der mood…

 

Dua hari lepas majlis kawin Eja di Sekayu, Terengganu dan semalam plak majlis Ziezah kat Pasir Mas, Kelantan. Selamat Pengantin Baru buat mereka…moga sejahtera,  bahagia dan hubungan berkekalan di dunia mahupun di Akhirat. Aku mohon berbanyak maaf kerana x dapat menghadirkan diri... Rombongan yg dirancang oleh AbgMidie dibatalkan di saat-saat akhir sebab x cukup korum nak pegi... tapi x pe lah sebab ada rakan lain yg wakil ke sana...dan Eja plak aku nak jumpa biler aku ke JB pada 20 Jun nanti..insyaAllah. Emmm...dah 6 ahun juga aku x jejakkan kaki ke Pantai Timur. Hai entah laaa....kot-kot nanti jodoh aku di Kelantan sana...so pada suatu hari nanti...aku akan menetap di sana juga kan....hehehe...ye ke??

 


Seri pelangi Tujuh warna.....


Tujuh jaluran mu indah sekali

Hadirmu sentiasa kunanti

Biarpun datang dan pergimu sesuka hati

Aduhai pelangi datanglah lagi

Seluruh persada jiwa pasti kau warnai

Ceriakanlah gundahku ini

Bawalah bersama rinduku yang x bertepi

Aku sepi sendirian di sini

Kaulah teman perawat luka di hati

Warnamu itulah seni

Mengingatkanku pada Kebesaran Ilahi...


 

Wassalam.


Posted at 10:40 am by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Jun 2, 2004
Beauty...

Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam.

Posted at 10:37 am by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 31, 2004
Jalan-jalan saja...



Semalam,awal pagi lagi aku dapat call dari Along yg berada di pusat latihan polis di Bakri…Along meminta aku menjemputnya pulang ke rumah abah. Aku yg baru sahaja selesai bekfes…terus bersiap untuk menjemput Along. Seperti biasa aku akan mengajak DeqJa temani aku ke sana… Selepas menghantar Along di rumah…aku pun keluar lagi…menuju ke Bandar…kali ini anak saudaraku Syafiq turut serta...tiba di bandar, aku terus jer parkir kete kat depan kedai yg aku ingini. Setelah selesai urusan...tak sampai hati aku tengok Syafiq yg sedang asyik membelek-belek T’shirt...lalu aku suruh dia pilih satu...dan terus jer bayor kat cashier....pas tu aku terus balik ke rumah.

 

Lepas waktu Asar aku pun bersiap-siap untuk keluar lagi....kali ini Nabila dan Nafisah pula yg ikut dan cam biasa DeqJa akan turut menemani aku. Mula-mula kami ke Tanjung Ketapang...apa  lagi kalo bukan ke tempat monyet2 ‘melaypark...’  Kemudian kami beralih ke Tanjung Emas...melayan Nabila dan Nafisah bermain buaian n jongkang-jongket...sementara itu aku menikmati suasana petang di tebing sungai...ramai juga pengunjung ke sini...lebih2 lagi pada cuti hari minggu begini... tiba2 hp berbunyi...rupa-rupanya AbgUteh...dia dan kak ipar serta Syafiq n Nadia datang menyonsong...setelah Nabilah dan Nafisah aku serahkan kepada mak pak meke...aku pun ajak DeqJa ke Medan Selera Tanjung Emas.... terasa haus....aku memesan Lai-Chi-Kang..manakala DeqJa minta makan Rojak Pertis... aku memang sering ‘laypark’ kat gerai ni kalau ada Ard n Kak Niza ....2 org ni laaa geng aku kalo nak ‘rayap’....

 

Tadi siang, selepas waktu kerja aku ingatkan nak ‘rayap’ kejap tapi badan terasa letih plak...so aku terus lik ke umah... bila terasa lapar aku jenguk ke dapur..hanya ada saki baki makanan untuk bekfes pagi tadi iaitu Lontong... takder lunch hari ni sebab mak aku ikut AbgUteh n famili ke Segamat... shopping kain laa tu... hampir kul  6.00 ptg aku ajak DeqJa n anak2 buah aku seme ke pasar malam di Stadium Muar....biasalah bila dah bawa budak2 ni...macam2 yg meke berkenan.... tapi aku tak banyak soal... ikutkan aje keinginan meke....

 

Aku dahpun terasa mengantuk ni....sejak akhir2 ni aku dah tak der masa nak sembang ngan rakan n kenalan...forum KesumaJiwer pun dah lama tak jenguk...sedeyy juga biler forum tu sepi aje....cam dah hilang teman yg disayangi....aku benar2 terasa sunyi...

                                                                             


ok...salamesra buat semua...Wassalam.

 


Posted at 11:26 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 29, 2004
Cerita dalam seminggu ni...


Setelah 3 hari ber ‘camping’ …keesokannya aku kena out-station…tak jauh…kat Melaka aje…kalo ikut jadual aku kena rgster kul 2.30 ptg…tapi kul 1.00 noon aku dah pun tiba di perkarangan Grand Continental Melaka. Bukannya apa…kalo aku tiba cepat aku bleh rest kejap sebelum kursus bermula.

 

Alkisahnya, aku dan 5 lagi rakan dari kawasan yang lain menjadi peserta terawal sampai di hotel sebelum pihak penganjur sempat membuka ‘meja’… sersambil menunggu jam 2.00 ptg untuk check-in…aku 'melepak' kat lobi hotel...sesekali terdengar gelak Yang Mulia Raja Najib dengan pembantunya... tepat jam 2.00 ptg  kami pun terus ambil kunci bilik di kaunter. Yang Mulia Raja Najib dan En. Kosnan asyik nyakat kami…aku plak terlupa nak bawa laptop…  Yang Mulia Raja Najib hanya menggelengkan kepalanya… aku mohon maaf sebab memang aku nak bawak laptop opis tapi member nak guna plak…bila dah hantar laptop di opis, aku dah malas dah nak patah balik ke rumah ambik lptp sendiri dan teruskan aje perjalanan…  

 

Kursus aku bermula jam 8.00 malam. Kali ini aku bersama 5 orang rakan yg datang awal tadi jadi tumpuan…tanpa aku duga namaku dipanggil untuk terima cenderahati…laaaa…hadiah peserta paling awal tiba di hotel…hehehe…walopun nilainya aku rasa tak sampai singgit..tapi ianya satu kenangan buat aku…

 

Skali lagi aku terkejut…namaku ‘naik’ lagi….jadi ketua kumpulan  bagi 11 orang peserta yang lain… ‘kumbang’  ada 5 orang dan bakinya adalah ‘bunga’. Aku pandang ke arah  Yang Mulia Raja Najib… “ni nak kena kan id ehh..!” “Ehh…tak ahhh..tu kan satu penghargaan buat U…” “emmm…emmm…ok…mekacih…” Kami diarahkan membuat tugasan kumpulan dalam tempoh 6 jam yg diberi. Aku hanya menjadi jurutaip bagi menyampaikan maklumat dalam bentuk Words dan PwrPoint. Semasa presentation…aku jadi juruteknik…manakala En. Zulhazmi jadi penyampainya…dan yg lerlainnya jadi ‘dayang’ n ‘hulubalang’ … kalo tahun lepas kumpulan aku dapat tempat kedua dan aku menerima cenderahati individu bagi hasil kerja terbaik…tapi kali ni nasib tak menyebelahi aku dan kumpulan..

 

Candid camera En. Zul tak mengenal mangsa… Semasa majlis penutup kursus, seperti biasa ada Tayangan Perdana…muncullah aksi2 lucu yg telah dirakamkan olehnya tanpa disedari oleh para peserta… ada peserta yg tengah menguap, pegang dinding dewan, termenung, tengah pandang muka geng sebelah… tengah cekak pinggang…tengah pejam mata, candid aku tengah ambik hadiah..dan banyak lagi…

 

Tamat kursus, para peserta diberi sijil…dan yg mengherankan aku ialah aku sorang dapat 2 keping sijil yg sama…kenapa banyak sangat aku dapat??? Mungkin urusetia tercetak lebih… heheh… aku terus pulang ke Muar pada petang Rabu dengan ditemani oleh Kak Yati yang menumpang hingga ke Bus Stand Pagoh.

 

Hari ni aku kerja sekerat hari…bz siapkan projek ngan geng2…. Waktu petang aku beriadah… semasa pulang jam 5.40 ptg ingatkan nak singgah di PESTA sebab ada pasar malam…selalunya aku gemar beli buah-buahan di situ…tapi aku batalkan saja hasrat dan terus pulang…setibanya aku di persimpangan Parit Sakai…terkejut aku melihat satu eksiden antara motor ngan motor…aku hanya sempat memandang sekilas di sebelah kanan…penunggang motosikal bersama motor yg remuk sedang terkapai-kapai tertiarap di tengah jalan raya… kecut perut aku jadinya…orang ramai yg ada di kedai yg berhampiran sedang mengawal keadaan… aku teruskan sahaja perjalanan pulang ke rumah dan beristighfar banyak2…

 

Malam ni..abang Uteh aku n famili  dari KL pulang ke rumah mak abah…lagipun dah cuti sekolah…anak2 buahku ajak balik..lebih2 lagi di musim durian nih… Bila cerita pasal raja segala buah ni…kat Muo sekarang ni memang tengah musim…harga pun tengah murah…harga sekilo paling kurang ialah 50 sen … kalo nak isi yg baik sket…ada laaa dalam RM1.00 – RM 1.50 sekilo. Kalo dari Bandar Muar hingga ke Pekan Parit Jawa…rasanya banyak juga gerai jual durian di kiri dan kanan jalan. Pilih aje mana gerai yg nak disinggah dan perpandai laa memilih dan tawar-menawar... Aku ni nak kata suka makan duyan tu takder laaa sangat...makan ala kadar aje... kalo kat opis..hari2 ade orang bawak duyan...sampai pening kepala aku tercium bau duyan yg ‘power’ tu...hehehe...ada yg sendawa dan terkeluar angin ‘puspus’...pehhhh...semerbak satu opis...nak termuntah aku dibuatnya... dah camtu..takder sorangpun yang nak ngaku...  nak melepas tu tengok2 laaa dulu...or carik tempat yg takder org...ni takder warning ape2...tak aleh2 berbau aje...chehhhh....!! aiseyyy...kalo nak makan..makan laaa time cuti or rehat kat umah bebbbbb...  wakaka…


ok..aku rasa cam dah nak tido je ni...


Wassalam.

 


Posted at 10:23 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 26, 2004
Camping...

        


Setelah 3  hari 2 malam aku ber ‘camping’ …bermacam pengalaman yg telah aku tempuhi. ..sebagai Urusetia…aku memang bz n x menang tangan dibuatnya…daripada peserta hinggalah ke ‘dapur’ aku kena pastikan semuanya berjalan lancar…namun…macam biasa kepincangan tu memang ada…ader juga member yg x tepati jadual tugas…penyudahnya…aku dan Ard terpaksa bertugas berterusan…letihnya kan main lagi…pada malam pertama perkhemahan…ada aktiviti owling/burung hantu …tepat jam 12 mlm… aku dan geng2 seme bergerak ke destinasi masing2…para peserta yg telah diarahkan menutup mata dengan kain telah ditinggalkan di stesen2 yg telah ditetapkan…
                                                    


seingat aku..ada peserta pompuan yg menangis  kerana dia ingat ntah kat utan mana dia dah kena tinggalkan…padahal kat belakang pokok puding aje…heheh…  aper bleh buat..itu adalah salah satu program yg telah ditetapkan oleh ketua perkhemahan…rasanya dah berpuluh kali aku menguap kerana terlalu mengantuk…aper x nyer..aku x rest di siang hari…aku dah rasa x sanggup nak tunggu lagi…tapi aku kena pastikan keselamatan para peserta…peserta lelaki lebih ramai daripada yg pompuan…jadiknya aku, Ard n Alin kena stand by berkawal ..…

 

Pada malam terakhir…biasanya perkhemahan turut diserikan dengan persembahan kebudayaan…para peserta begitu giat berlatih di siang hari…jam 9 mlm…acara pun bermula…pelbagai ragam peserta telah dipertontonkan…telatah para peserta ada kalanya menggelikan hati aku…dan tiba pula acara persembahan oleh para urusetia pula…hehehe…  Abe Acid memulakan persembahan nyanyian…waduhhhh…suaranya mirip Broery Marantika…x ku sangka Abe Acid berbakat…dan kesudahannya Abe Acid digelar Acid Antartika …wakaka… SiHelmi pun x kurang juga menunjukkan bakat yg terendam..hehehe…pas tu Kak Mieyah plak mendendangkan sebuah lagu “Kuda Hitam” sambil menari mengikut rentak lagu…kakak aku ni memang minat lagu2 asli dan tarian Zapin… alahaiiiiiiii….. saper yg x kenal dia kat Muo nih…hehehe… tepukan gemuruh para peserta menggamatkan suasana…mencecah kul 12 mlm..aku dah mula pening kepala…perlahan2 aku bergerak menuju ke kereta…aku hidupkan enjin kete n buka aircond…aku melayan perasaan sebentar… aku masih buntu…aku masih belum membuat keputusan lagi…keputusan yg bakal menentukan masa depanku…aaarrrgghhhh…

 

Sesekali aku terdengar juga suara2 geng2 aku yg sedang membuat persembahan…kalo x salah aku..semenya ‘lantak’ menyanyi…x kusangka HjhNisah bleh nyanyi…dan aku pasti kalo kambing2 dihimpunkan jadik penonton…tentu kambing2 tu bersorak sakan…wakakaka…hehehe…. dan lamunan aku terganggu bila terdengar bunyi riuh rendah di tapak acara kebudayaan berlangsung…aku tersenyum cuma….haiiii…entah apalah agaknya tuh… keesokannya barulah aku tahu yg NapiQM nyanyi main lansam aje…tak nyanyi lirik awal…tiba2 je dia masuk chorus lagu…hehe… SiHelmi plak x sudah2 nyakat aku…katanya..malam tadi aku menghilangkan diri sebab x der lagu yg sesuai dinyanyikan…sebab aku mesti nak nyanyi lagu Nasyid…

 

Emmm…sebenarnya hari ni aku baru jer pulang setelah 3 hari out-station…x jauh..Melaka aje…macam2 peristiwa yg berlaku..tapi nanti sajer aku coretkan…esok pagi aku dah masuk keje semula…penat seminggu ni btul2 aku rasakan… paler pun dah terasa melayang2…

 

Ok..Wassalam.


 

Posted at 09:35 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 21, 2004
di rantauan lagi...



Entah kenapa...susah plak rasernya nak lelapkan mata nih..ingatkan dah nak membuter tadi dah ni..yg sebenornya aku teringat-ingat lagi surat yg kuterima dari USM semalam...tahun ni sepanjang puasa aku kan berada di Penang...x brapa ari lagi nak raya..., baru aku abis kursus intensif...kiranya aku jadik cam perantau yg nak balik beraya di kampung laaa... cam excited aje..hehehe... tapi sedeyy pun ader... chewahhh..konon je aku nih..hik..hik..hik.. 

Biler dah tinggal ngan mak pak...aku dah x rasa keseronokan balik kampung...dah memang hari2 ada kat kampung...biler orang tanya masa cuti x lik kampung kerrr?? aku jawab x...kampung aku dekat aje...hehe.. jadiknya bleh laa kali ni merasa thrill nak lik kampung...emmm...nantikan saja...

ok..jumper lagi..insyaAllah..Wassalam.


Posted at 12:11 am by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 18, 2004
Sichida Methods...




Hari ni aku tul2 keletihan…namun, atas ajakan rakan2... aku nyempatkan juga beriadah  pada waktu petang...ni pun aku dah rasa ngantuk dah... harap2 bangun pagi sok..aku akan berasa segar sket…hehehe..

 

Kekadang aku rasa cam dah x rajin nak online…sebabnya ialah dengan keadaan server yg agak lembap sejak akhir2 ini…asyik ‘dc’ aje…kekadang lebih 10 kali cuba access ...acapkali juga  mana2 browser yg dibuka.. baru nak submit post…tiba2 je dia ‘dc’ ….buat haru jerrr….

 

Aiseyyyy…ausss plak arrr..jap ehh..nak minum sat…  ammmaaakkk… baru nak minum ader paler kuo masuk plak…ish..ish..ish…tergezut aku … slurrrrpp… emmm…Alhamdulillah…

 

Ok..sersambil aku bersihkan email yg dah lama tersimpan di mailbox…aku sempat savekan fwd msg yg dikirimkan oleh seorang kenalan..

 

Bagus kalau dicuba niii..

Untuk ibu dan bapak prihatin…

It takes just a little bit of our time..

 

Beberapa minggu lepas, boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida Classes..yakni kelas yg diuruskan oleh Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebeah kanan ni lebih effektif sebenarnya daripada otak sebelah kiri tetapi kena practice sikitlah penggunaannya. Kelas ini mahal nak mampus, kalau kelas tadika Juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi daripada cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master…tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt Cine yg pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan Melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff2 melayu yg lain.  Aku pun nak korang practicekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

 

1. Sewaktu anak tidur atau tidur2 ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yg kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.  During tidur2 ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah... Boleh gak practicekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah..tak jadi...kalau anak korang tu dah tidur, ramas2 cari tangan de, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat Nana sebab die bangun pagi lambat, pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari2 kat die, die budak baik, dia suka pegi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal...sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu ahad...tu ...kelemahan sikit lah.......

 

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar Nana ABC-Z guna card seminggu je.. sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak2 dan tunjuk kat dia orang cepat2...macam...a..b..c..d..e.., insyaAllah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju2 atau cepat2, otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yg kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar2…potonglah gambar kat mana2 dsb…guna English jgn guna melayu…………

 

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main watercolour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yg kena mengemas tapi takpe…….satu agi cuba korang lukis gambar, contohnya rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan…. Korang tau kenapa Cine ngan Jepun pandai2??....sebab depa makan guna chopstick...chopstick tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

 

4. Jgn marah2 atau tengking anak….. sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…..kalau termarah takpe pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die….

 

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerita tu, walaupun cerita tu memanglah merapu..takpa…..kita pun bukan tak biasa merapu…..

 

6. Main teka-teki ngan they all…taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu, First few times boleh bagi option cam…..bagi tau colour, bunyi, lama2 depa boleh develop six sense by concentrating depa bolah teka apa benda dlm kotak tissue tu…..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat….semua game yg hangpa nak buat dengan dia tu Cuma boleh buat setengah jam sehari….tak payah lama2…kalau lama2 kang jadi cam Rajib….hehehe…


Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam2 and relaks….tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka, tengok tv ka…tak jadi… Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terrer. Ini semua satu cara. Tuhan yang lagi Maha Mengetahui. Kalau DIA izin anak kite nak pandai…Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 DIA boleh tarik balik…betui dak?? ….Aku pun tengah try lagi ni…

 

Ok gitulah isi email tersebut..

Emmmm…terpulanglah kepada sesiapa yg nak ‘apply’kannya kat anak2…sesungguhnya kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha dan DIA lah yg menentukan segalanya. Kalau boleh semua orang nakkan anak mereka jadi insan yang bijak dan berjaya dalam hidup di dunia mahupun di Akhirat.

 

Times up…bedtime already laaa…nak lelap dah ni…insyaAllah jumper lagi…

 

Wassalam.

 

 


Posted at 10:02 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

May 14, 2004
SeLaMaT HaRi GuRu 2004


HEPI TEACHERS DAY...



                         

Sempena Hari Guru yg akan disambut pada 16 MEI ini, aku juga turut ingin merakamkan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua guru yg pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah tinggi, juga kepada semua lecturer, Dr. dan Proff. yg byk memberi teguran, tunjuk ajar dan bimbingan  semasa di kolej dan kini sbg pelajar PJJ. Harta jika dibelanjakan pasti akan berkurangan dan habis begitu sahaja...tetapi jika ilmu yg dibelanjakan...ianya akan sentiasa berkembang...dan pastinya ilmu yg ditimba itu adalah ilmu yg diredhai oleh-NYA di dunia dan Akhirat. Semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberkati usaha kalian ke jalan-NYA..insyaAllah.. AMIN. 

 

“Tanpa guru siapalah kami” “Guru umpama dian yg membakar diri” ..begitulah yg sentiasa meniti di bibir anak2 didik yg mengingati jasa gurunya. Kalo di sekolah, macam2 murid2 diajar...selain daripada pelajaran formal...murid2 sering diberi nasihat dgn nilai2 murni....malah guru sentiasa mengingatkan anak murid mereka agar belajar dgn bersungguh-sungguh utk masa dpn mereka... hakikatnya, tugas guru yg mendidik anak2 di era yg dikatakan sbg Milleneum ini sememangnya mencabar dan sejak akhir2 ini sering sahaja kita terdengar macam2 hal yg x diingini berkaitan dgn kerjaya pendidik. Sememangnya amat menyedihkan jika anak2 di sekolah tidak lg menghormati guru...kerana ada yg beranggapan bahawa “Ahh..cikgu tu...gaji dia pun bapak aku boleh bayor..!” “Cikgu ni asyik membebel aje...suka aku laa nak lulus peksa ke tak..!” “Kalo cikgu ngadu ngan bapak saya, nahas cikgu..!!” MasyaAllah...  ada juga anak2 yg berani melemparkan kata2 yg kesat dan bernada mengugut...kenapa begitu sekali pemikiran mereka? Siapakah yg bertanggungjawab mengajar mereka memperkotak-katikkan guru??? Sukar sekali hendak mendidik anak2 agar ada sikap saling menghormati, jaga tatasusila dan adab sopan, membantu rakan yg lemah, bersyukur dgn apa yg ada...dan  lebih2 lagi dalam menunaikan perintah-NYA. Nahh...begitulah mencabarnya tugas guru sekarang ini...dan bukanlah semua org boleh memikul tanggungjawab sebagai pendidik...dugaan sering melanda... dan pengorbanan mereka bukanlah sedikit. Hanya mereka yg menghargai pengorbanan guru sahaja yg memahami hakikat perit jerih dan kesungguhan guru untuk melihat mereka menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Sama ada sedar atau tidak...elemen2 dari luar sedang menular di kalangan anak2 sekarang ini... remaja di timur sudah mula meniru gaya hidup remaja di barat... dan rata2 diketahui umum bahawa masalah keruntuhan moral remaja di barat tidak dibendung... dalam kesibukan manusia mencari harta kekayaan...nilai2 murni telah ditolak ke tepi... Astaghfirullahhal’azim...


                                                       

Tanpa guru....anak2 bagaikan kapal yg tiada bernakhoda...bagai malam gelita yg tiada bersuluh...bagai kereta tanpa pemandunya....bagai mentol yg tiada starter nya..hehehe...

 

 

Mekacih Cikgu Hassan, Cikgu Omar, Cikgu Sapiah, Cikgu Timah....betapapun kalian kuanggap ‘garang’ tetapi tanpa didikan dan asuhan kalian...aku pastinya tidak berjaya ke menara gading...



            


Guru...

Kuukir pada baldu biru...

Merakam segala kenangan di minda

Kuhias dengan bintang gemerlapan

       

 

Agar sinarnya memancar buana

Pasir pantai kau suruh ku hitung

Mencari permata yg terbenam di sana

Puas digali namun belum tersua

Jika tersua...hanyalah serpihannya..

Teruslah usaha tanpa waktu dipersia

Biarpun lelah tapi terasa bahagia

Sabar dan tabah tunggak di jiwa

Begitulah juga ilmu yg dicari

Jejak yg ada... belum ada kesudahannya

Pencarian tidak terhenti di sini

Makin ditimba makin banyak dijumpa

Barulah kini aku mengerti

Ilmu dicari tak ada susutnya...

 

Guru...

Salam mesra aku hulurkan

Ucapan kasih aku titipkan

Syukur aku kepada Tuhan

Nasihat kalian jadi bekalan

Pengorbananmu abadi dalam kenangan

Di sepanjang hayat...kan menjadi ingatan  

Dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian...AMIN.

 

Akhir kata...SELAMAT HARI GURU kepada semua guru muslimin dan muslimat tak kira di mana sahaja kalian berada.


 


Wassalam.


Posted at 09:23 pm by SeRiPeLaNgi
Make a comment

Next Page