Assalamualaikum wr wbt.
Sempena malam Jumaat yang mulia ini..aku ingin bertafakur sebentar…Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini…tempat aku berpijak dan menjadikan udaranya yg nyaman untuk ku bernafas…malah dengan kurnia-NYA..aku bisa bernafas lagi hingga kini…emmm..begitulah…moga rasa bersyukur pada-NYA tidak akan lenyap dari jiwa ini…
Sekadar renungan…
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
0) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yangas dari batu.
(10) Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Rasanya cukuplah 10 rangkai kata untuk dijadikan renungan buat malam ini…agar dapat aku muhasabah diri…
Sememangnya kita sukar nak mengenal hati budi orang…hati yg ikhlas memang payah ditemui…namun keikhlasan hati aku sering disalah ertikan…ada yg kata aku buat sesuatu sebab aku nakkan sesuatu sebagi balasan…sedeyyy rasa di hati biler dituduh begitu…sebenarnya aku buat sesuatu tu ikut kemampuan aku sendiri…ilmu yg ada x pernah aku kemut ato tamak untuk kegunaan diri sendiri…nak wat per lokek ilmu? sumernya milik Allah S.W.T. andainya aku mampu tolong..aku akan tolong…tu pun kalo aku ada maser...sebab biler berada dalam dua alam (keje n belajor) membuatkan aku sering tertekan…kedua2nya berat…namun..sedaya upaya aku perkuatkan semangat…dan kalo aku x mampu tolong aku akan mohon maaf berbanyak laaaa…biler aku x dapat tolong…ada yg tuduh aku kedekut ilmu ato pilih kasih plakkk…sadis nyerrrr….
Ada orang nak jadik kawan baik sebab sorang tu berharta n ada pangkat…geng yg sederhana ditolak ke tepi...kalo buat baik dengan orang..sebab orang tu berstatus tinggi…nak tumpang senang..nak harapkan pujian…nak cepat naik pangkat…MasyaAllah…kalo begitulah yg bersarang di jiwa…alangkah sedeyyyy nyerrrr hatiku…sebab aku berkawan ngan orang tak kira rupa, harta n pangkat dia…tapi aku suka orang yg ramah, mudah mesra…saling menjaga adab n maruah diri…saling mengingatkan agar menjauhi yg mungkar..malah saling mengingatkan bersegera menunaikan suruhan Ilahi…
Adakalanya manusia sering memilih yg kelihatan lembut dan cantik di mata, bukan didasar pada lembutnya nurani, ikhlas di sanubari…tapi tak semua yg lembut lahiriah…lembut juga di dalam…malah ada yg diamnya bagai gunung berapi… AAda yang kelihatan kasar dan kurang menarik di luar…tapi hatinya lembut dan penuh rasa simpati… Ahhh..begitu sukar untuk kita tafsirkan…namun bagi aku..pada pokok pangkalnya…jika ada di dasar sukma perasaan kerdilnya di bumi Allah S.W.T ini…insyaAllah seseorang itu x kan ego atau sombong dengan apa yg dimilikinya…biler ada rasa kekurangan diri…x lah sewenangnya kita nak salahkan atau menegur kekurangan orang…terkadang tanpa sedar dalam diri sudah ada debu riyak hanya kerana memiliki harta…kecantikan…pangkat n status…seolah berasa diri sudah begitu baik dan sempurna berbanding orang lain…adanya rasa berlumba-lumba untuk memperlihatkan apa yg dimiliki…Astaghfirullahhala’zim…sedangkan semua yg dimiliki bukanlah abadi…semuanya adalah pinjam-pinjaman dari-NYA…sedangkan kita hanyalah sebagai pemegang amanah-NYA…SubhanAllah…selagi kita boleh bermuhasabah diri…inysaAllah hati kita akan terlindung dari sifat riyak…itulah yg selalu aku cakap dalam diri aku tika sendirian begini…
Aku sendiri sering tertoleh-toleh akan diri ini…apakah aku sombong dengan apa yg kumiliki? Egokah aku andainya aku tidak dapat menolong rakan kerana aku sendiri tiada kemampuan menolongnya? Salahkah aku??? Aku sedar…rakan2 semuanya kusayangi…mesraku ikhlas di hati…jujurku memang ku akui…kuanggap semuanya suatu jalinan silatulrahim…sesama saudara seagama…yg boleh menjaga tatasusila dan adab berukhuwah…bukannya rakan yg berpura…apatah lagi yg sanggup memfitnah ato menjatuhkan orang lain…orang yg nak ‘drop kan water face’ orang lain tu memang nyerrr ada…tapi..entahlah…
Ahhh…siapalah diri aku ini…sorang wanita biasa dan sederhana…tiada yang istimewanya…namun aku bersyukur dengan apa yg ada…

Puisiku buat malam ini…
Tirai malam sudah berlabuh..
Aku masih bermenung sendiri..
Ya Allah…
Hamba-Mu ini bermohon ampun…
Hanya pada-Mu tempat berlindung..
Engkaulah tempat bergantung harap..
Ya Allah..
Kurniakanlah ketenangan..
Di dalam jiwa hamba-Mu yg doif ini..
Segala dosa pohon diampuni..
Sedar diri ini hamba-MU yang lemah
Sering alpa dan terleka..
Pada indahnya rupa duniawi..
Harta yg ada ujian belaka..
Andai terlupa kumohon diingatkan…
Moga kalamku sentiasa menyebut nama-MU..
Tika senang..waima tika susah..
Ya Allah…
Kurniakanlah sakinah dalam jiwa hamba-MU ini…
AMIN.

Aku mohon diri dahulu…Wassalam.